Part 2.

Hari kedua di Las Vegas.
Dah berjanji untuk meetup dengan HQ member, Lee Sangho pukul 9pagi.
Oh lupa, exhibition yang aku attend ni namanya KBIS-Show. (Kitchen Batch Industry Show).
Venue tahun ni dibuat di Las Vegas Convention Centre.

Convention centre ni sangatlah luas.
Hangin tak hangin la, si Sangho ni konfiden cakap kat aku meet dekat South Hall entrance.
Aku dengan bawak sekotak besar aksesori ni, menunggu la sampai 9 lebih, dia cakap, lets meet at North Hall pulak.

Tengah menunggu seseorang yang tak kunjung tiba.
Eiii, hangin laa aku. Nak menjinjit kotak ni lagi. Tetap, panggil Uber meskipun jaraknya dekat. Tak glamor la nak usung kotak berat tu pusing segala convention hall tu. Haha

Then, akhirnya berjumpa la dengan si Sangho ni.
Peranan aku kat sini? Boleh la buat-buat berlakon tolong itu ini, setup itu ini.
Touch up, bagi make sure our product nampak purrrrfect!

Itu sahaja. Yepp, bab yang sakit adalah nak reporting. Skill menggoreng kena mantop. huhu.

Biasa untuk display purpose, kita akan cabut wire supaya hanya lampu je menyala. Takdela kang visitor tekan-tekan, panas pulak microwave tu.

This is new color released this year! I la yang develop model ni. #donebangga

Full set condition. Check gap, open close takde bunyi, no abnormalities la yang penting.

Bawak set turun naik ni normal ye. Berkali-kali. sampai kontraktor yang buat kabinet tu naik stress ngan kitorang. Pasang, cabut, pasang balik, cabut pulak.

Other views untuk SAMSUNG booth.

Centre Area SAMSUNG Booth.

Ni mahal. Hikss
So, habis hari pertama kerja dalam 6 petang, I tak membuang masa. Balik hotel, solat, keluar semula. Sebabnya dekat dengan hotel ni memang dah aim nak pergi satu kedai souvinir.

Kedai ni, kalau ikutkan kata si pemandu teksi tu, dia tak prefer tourist pergi situ.
Sebabnya, most US people dont go this shop sebab owner kedai tu orang China.
Dalam hati aku, so what? Haha,
Ni la kedai souvinir yang aku aim tu.

Another view. Memang besar. Tapi tak murah mana pun. Beli buat geli-geli je dulu.

Lepas habis membeli, balik semula hotel.
Pergi McD tapau FilletOFish lagi.


Dan terus beradu.

Bersambung...