Part 1.

Business Trip to Las Vegas USA.
This trip sebenarnya, ramai yang jeles. hikss

Sebabnya, my big boss, kesian kot, aku tak pergi US lagi setakat ni walaupun dah ada visa.
Well, tak excited mana pun sebab US ni bukan dalam wish list untuk dilawati.

Tapi, dah orang nak taja, so kita on je la, tapi get ready la nanti diungkit2.

So, this trip aku pilih flight route KUL-NAR-LAS-LAX. Balik pun sama, melalui Narita > Los Angeles > Las Vegas.

Ada reason ok, kenapa pilih this route. Sebabnya nk menyinggah ke Narita, Jepun. Then pilih yang layover 12 jam! hahaha bijak kan~

So, trip menyinggah kat Narita tu, aku akan share dalam post yang berasingan nanti.

Touch down kat LA, sangat rushing mencari-cari terminal untuk connecting flight ke Las Vegas. Tapi sempat la kejar, sebabnya gap masa hanya sejam setengah.

Part paling nervous, masa nak lalu immigration, check visa. Banyak dengar cerita yang pergi US sebelum ni kena kuarantin, sebab Muslim kot. Tapi, alhamdulillah dipermudahkan.

Cuma, barang handcarry aku kena reject time nak transfer flight ke Las Vegas. Katanya size lebih. So berlari-lari ok mengejar masa, kat kaunter tu officer tu cakap exceed limit size. So kena bayar extra. Then, kebetulan dia punya boss kot, ada kat sebelah, dia kata, "Its okay, dont need to pay, just a little exceed the limit". Lebih kurang cenggitu la. So I is lega. Sebab kang kalau nak bayar itu ini, banyak pulak makan masa. So, thanks American Airlines!

Dari LA ke Las Vegas, ambil masa sejam lebih. Tapi time ni, aku dah nak muntah, especially masa nak landing tu. Aku syak sebab aku jet lag mungkin? Ye lah, fligh dari KL ke Narita 11 malam, sampai sana pagi, terus jalan-jalan. Pastu flight ke LA, almost 12 hours, tak berapa nak tido.

So,  sepanjang flight dari LA ke Las Vegas tu, naik American Airlines, memang pejam mata je. Juice ke, snack ke, memang tak jamah dah. Nak landing tu lagi la, sikit je lagi nak tersembur muntah. Tapi tahannn... Hello, kang orang cakap, " amenda la asian sorang ni, jakun ke tak pernah naik flight". Hahaha

So berjaya tahan!
Sampai je airport Las Vegas, terus ambik taxi ke hotel. The Strats - Stratopshere Hotel. Yang menara tinggi kononnya tu.
Hotel ni mahal nak matey, over bajet company hihi. Tapi biliknya? Haukkk.
So, I decided to shorten my stay in this hotel. Apa taknya, coffee maker pun takde. Tapi bilik punya harga USD 220/night. Puihh... Tak berbaloi. So bila sampai bilik, terus messenger our agent untuk tukar hotel.
The Strats - Nama lama The Stratosphere. Bangunan yang paling tinggi tu.

Yang bestnya hotel ni, tingkat bawah ada banyak kedai-kedai, dan juga namapun sin city kan, of course la ada casino. Dan, tak lupa menu sepanjang 3 malam stay sini, adalah FilletOFish McD.


Aku sampai hotel pukul 2 petang. Tapi aku dah tak larat. Kena tido jugak. So aku inform Korean member yang tengah bekerja keras kata mereka, aku hanya akan datang esok untuk support setup.

Jet lag kisahnya.

Bersambung...